Bani Israil, dari ayat 61~70;
60. Dan
ingatlah tetakala kami wahyu kepada mu, bahawa sesungguhnya Tuhan mu meliputi
manusia dan tidak kami jadikan penglihatan yang kami unjukkan kepada mu itu,
melainkan sebagai percubaan, dan bagitu
juga pohon yang dilaknat dalam quran,
dan kami takutkan mereka, tetapi penakutkan itu tidak menambah, melainkan kesesatan yang besar.
61. Dan
ingatlah, tetakala kami berkata kepada Melaikat; “sujudlah kepada Adam” lalu
sujudlah mereka, melainkan iblis. Ia berkata; “apakah aku mesti bersujud kepada
orang yang engkau buat dari tanah ?”
62. Ia
berkata pula; “mahukah engkau terangkan kepada ku tentang orang yang engkau telah
muliakan atas ku ? jika engkau beri tempoh kepada ku sampai hari kiamat,
nescaya aku akan sesatkan anak cucunya, kecuali sedikit”.
63.
Berfirman Allah; “pergilah ! maka barang siapa mengikut mu dari antara mereka,
sesungguhnya jahanam lah balasan kamu, sebagai satu pembalasan yang sempurna”.
64. “Dan
ajaklah siapa yang engkau boleh dari antara mereka dengan suara mu, dan gerak kan lah atas mereka
tentera kuda mu dan tentera mu yang berjalan kaki, dan sekutui nya lah mereka
tentang harta-harta dan anak-anak, dan
janjikan lah kepada mereka”, pada hal syaitan tidak janjikan kepada mereka,
melainkan tipuan.
65.
“sesungguhnya hamba-hamba ku tidak ada bagi mu kekuasaan mencelakakan mereka,
dan cukup Tuhan mu sebagai pelindung”.
66. Tuhan
kamu ialah yang menjadikan bagi kamu kapal-kapal dilaut, supaya kamu mencari
kurnianya, kerana sesungguhnya adalah ia panyayang terhadap kamu.
67. Dan
apabila bahaya mengenai kamu dilaut, sia-sia lah apa-apa yang kamu seru,
melainkan dia, tetapi sesudah ia selamatkan kamu sampai didarat, kamu berpaliang,
kerana adalah manusia itu pelupa budi.
68. Maka apabila kamu merasakan aman daripada Allah
menimpakan sebagian daripada bumi atas kamu atau daripada ia kirim atas
kamu angin yang sangat, kemudian kamu
tidak dapati penolong bagi diri-diri
kamu ?
69. Atau
apakah kamu merasa aman daripada Allah kembalikan kamu pada nya sekali lagi, lalu ia kirimkan
atas kamu pembinasa dari angin, kemudian ia tenggelamkan kamu lantaran
kekufuran kamu, kemudian kamu tidak mendapat penolong buat melawan kami
ditentang itu ? .
70. Dan
sesungguhnya kami telah muliakan anak-anak Adam, dan kami telah beri kenderaan
bagi mereka didarat dan dilaut, dan kami telah beri rezeki kepada mereka dari
yang baik-baik, dan kami telah lebihkan mereka sungguh-sungguh dari kebanyakan makhluk
yang telah kami jadikan.
[] https://twitter.com/knajiddominican/status/697627934597603328
.